fb fb fb fb fb

TM Kelantan dan KELANTANfm santuni golongan memerlukan

KOTA BHARU, 2 April - Seramai 130 individu kurang bernasib baik di Kelantan di santuni Telekom Malaysia (TM) Kelantan serta KELANTANfm dalam Program “Cahaya Ramadan” sempena Hari RTM Ke 77.
 
Kesemua mereka di rai dalam dua majlis berasingan pada sebelah pagi dan petang.
 
Kumpulan pertama seramai 100 orang terdiri daripada asnaf, anak yatim dan ibu tunggal di beri peluang untuk memilih sendiri pakaian raya selain turut menerima sumbangan wang zakat disediakan pihak penaja.
 
Manakala selebihnya, yang merupakan warga emas dan rakyat kurang berkemampuan di raikan dalam Majlis Iftar di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu.

Menurut Pengurus Besar TM Kelantan, Rozainee Muhammad, pihaknya menerusi Yayasan Telekom Malaysia (YTM) memperuntukkan kira–kira RM30,000 bagi menjayakan program kali ini.
 
Jelas beliau, penganjuran program merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) TM bersama rakan stratergik untuk membantu komuniti secara inklusif terutama bagi menambah keceriaan kalangan penerima menjelang hari lebaran.
 
"Program cahaya Ramadan dari Yayasan TM ini diadakan di seluruh negara jadinya di peringkat Kelantan, kami bekerjasama dengan RTM/Wan Azhan untuk menjayakan program ini, daripada Yayasan TM kami ada banyak lagi program CSR dan Insya-Allah kami akan bekerjasama lagi," kata Rozainee, di sini.

(Rozainee Muhammad)

Sementara itu, Pengarah Penyiaran Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat berkata, pelaksanaan program menjadi kesempatan terbaik kepada KELANTANfm untuk menyemarakkan sambutan ulang tahun RTM Ke 77 tahun ini dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang mampu memberi manafaat secara langsung kepada golongan sasar.
 
"Kelainan kita pada tahun-tahun lepas ialah kita mengadakan program lebih dekat kepada penerima manafaat, sebenarnya bertepatan sambutan itu pada bulan ramadan jadi kita boleh bersekalikan program dan yang penting konsep untuk tahun ini kita di KELANTANfm lebih kepada kerohanian dengan kita turun bersama-sama masyarakat mengadakan program, berbuka puasa dan menyatuni golongan asnaf," kata Wan Azhan.

(Wan Azhan Wan Hamat)

Turut berlangsungnya sempena Program Cahaya Ramadan, rakaman rancangan “Dengar Ore Ngajar” yang akan di siarkan di KELANTANfm. 

Media Baharu