fb fb fb fb fb

Tempat simpan barang purba, hasil padi musnah terbakar

BAU, 2 April- Sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Tringgus Rabak Rotan yang tidak berpenghuni dan dijadikan tempat penyimpanan barang purba peninggalan serta hasil padi musnah dalam kebakaran.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.08 pagi tadi.

Beberapa penduduk kampung turut membantu memadam kebakaran tersebut menggunakan air paip serta beberapa tong alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba.

(Foto fail)

Maklumat daripada pemilik rumah tersebut yang dikenali sebagai Suben San, rumah itu tidak berpenghuni dan pada kejadian itu juga tiada individu berada di rumah terbabit.

Operasi pemadaman ditamatkan pada pukul 2.00 pagi.

Media Baharu