fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang selepas lawatan rasmi ke Labuan

LABUAN, 2 April - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang selepas lawatan khas tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua di Lapangan Terbang Labuan di sini, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar. Pesawat khas membawa pasangan diraja itu berlepas pada pukul 10.06 pagi.

Hadir sama di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan ialah Senator Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar, Panglima Wilayah Udara 2 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail, Ketua Polis Daerah Labuan Supt Ahmad Jawila dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan
bersalaman bersama barisan para pegawai serta anggota keselamatan
sebelum berangkat pulang dengan menaiki pesawat khas di Lapangan Terbang Labuan/FOTO BERNAMA)

Pasangan diraja itu berangkat tiba di Labuan pada Jumaat (31 Mac). Ia merupakan lawatan kedua Seri Paduka berdua, dengan yang pertama pada 2019.

Media Baharu