fb fb fb fb fb

Kempen ‘Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran' didik rakyat tidak membazir

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 2 April-Kempen ‘Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran’ diteruskan tahun ini untuk mendidik masyarakat tidak membazir sempena Ramadhan.

Dianjurkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), kempen disasar kepada peniaga dan pengunjung bazar Ramadan sekitar Wilayah Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Mokhtar berkata aspek kebersihan juga dititiberat terutama mengenai kaedah melupuskan sisa makanan sekiranya tidak terjual.

Selain sisa minyak terpakai yang perlu dibuang di tong yang disediakan.

"Setiap peniaga apabila sudah habis berniaga, makanan tidak habis akan dibuang termasuk sias minyak. Jadi SwCorp akan urus segala-galanya kerana kita ingin tempat ini bersih", katanya ketika ditemui ditemui media di Putrajaya.

Sementara itu, SWCorp turut meneruskan inisiatif mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dengan cara membawa bekas makanan sendiri ke bazar.

Terdahulu, pengguna di bazar berkenaan turut diberikan beg kitar semula serta bubur lambuk oleh SWCorp.


(Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar/ FOTO RTM)

Media Baharu