fb fb fb fb fb

Sumbangan belia penting bagi perkukuh konsep Malaysia Madani

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 2 April-Golongan belia perlu bangkit memanfaatkan masa muda bagi membantu mencapai matlamat negara.

Pembabitan dan sumbangan mereka sangat diperlukan dalam memperkukuhkan lagi konsep Malaysia Madani.

Menurut Perunding Latihan dan Motivasi, Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi, belia memainkan peranan yang besar dalam pembentukan sesebuah negara.

"Belia perlu ada matlamat jelas bagi mengikuti aspirasi Malaysia Madani. Mereka perlu melihat lebih jauh apa yang meraka inginkan. Ini kerana negara memerlukan sumbangan belia bagi membangunkan negara.Golongan belia perlu untuk rela berubah ke arah yang baik", katanya selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Tambah beliau, dengan mendalami dan memahami konsep Malaysia Madani, ia mampu mengubah cara belia berfikir serta melahirkan modal insan kelas pertama.


(Perunding Latihan dan Motivasi, Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi)

Media Baharu