fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan Nasionalfm di Johor

PASIR GUDANG, 2 April- Lima program dilaksanakan sempena Jelajah Ramadan Nasionalfm Ambil Tahu-Belia Madani bersama Intitut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang.

Ia melibatkan rakaman Qasidah, rakaman Takbir Raya, rakaman Raudah selain menyantuni golongan anak yatim dan asnaf sekitar ILP Pasir Gudang serta persembahan artis.

Pengurus Nasionalfm, Salbiah Mohd Sharif berkata, program yang bermula malam semalam turut melibatkan golongan pelajar di institut berkenaan, termasuk gotong-royong menyiapkan bubur lambuk.

Beliau berkata, selain pelajar, seramai lapan orang juruhebah Nasionalfm juga terlibat sepanjang program ini.

(Foto fail)

"Kita juga ada beri sumbangan yang kita bawa untuk sama-sama kita berikan kepada golongan asnaf, anak-anak yatim dan ibu tunggal di sekitar ILP Pasir Gudang ni.

"Ini merupakan program turun padang Nasionalfm Ambil Tahu tahun ke-8," katanya.

Jelajah Ramadan Nasionalfm Ambil Tahu akan berada di Kuala Lumpur selepas ini, dengan tumpuan kepada golongan pelajar sekolah.

Media Baharu