fb fb fb fb fb

Bakal pelabur dinasihatkan waspada taktik sindiket penipuan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 2 April-Bakal pelabur digesa supaya lebih peka dengan taktik sindiket penipuan pelaburan yang semakin licik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sindiket-sindiket tersebut mendakwa syarikat mereka sudah disemak oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memperoleh kelulusan prospektus.

Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata dakwaan itu sebenarnya palsu dan syarikat berkenaan hanya menghantar memo maklumat tanpa data terperinci serta dana dilaburkan.


"Mereka keliru diantara perbezaan memo maklumat dan prospektus. Apa yang mereka laburkan menggunakan deklarasi yang ada dalam memo maklumat tak sama macam prospektus.

Jadi saya nampak ini adalah punca yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia tertipu kerana mereka faham syarikat itu diluluskan oleh SSM sebenarnya tidak. Syarikat itu bukan dilulus prospektus sebaliknya hanya menghantar serah 'memo maklumat' yang tidak ada penelitian dilakukan," katanya selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di sini.

Beliau juga menasihatkan mangsa penipuan untuk segera membuat laporan polis dan tidak perlu bimbang dikenakan sebarang tindakan.


(Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO),
Datuk Hishamuddin Hashim/FOTO RTM)

 

Media Baharu