fb fb fb fb fb

Jabatan Penyiaran Kedah sambut Hari RTM ke-77

ALOR SETAR, 2 April- Sambutan ulang tahun RTM ke-77 turut diadakan di Jabatan Penyiaran Kedah.

Majlis bacaan Yassin diadakan hari ini melibatkan warga kerja Jabatan Penyiaran Kedah dalam program Perhimpunan Bulanan peringkat Jabatan.

Program dirasmikan oleh Pengarah Penyiaran Kedah, Sharimah Abu Bakar.

Pada majlis itu turut dilancarkan aplikasi TikTok Kedahfm selain pendengar boleh mengikuti perkembangan siaran Kedahfm melalui facebook.

(Foto fail)

Sharimah mengesa setiap kakitangan Jabatan Penyiaran Kedah mematuhi etika kerja dan Prosuder Operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kecemerlangan jabatan terus tercapai.

Majlis sempena bulan Ramadan turut diisi dengan ceramah agama oleh Penceramah Dato Ahmad Faisol Omar.

Media Baharu