fb fb fb fb fb

MBNT rancang program, lahir pemimpin muda berwibawa

KUALA TERENGGANU, 2 April -  Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) yang mempunyai hampir 50,000 ahli berdaftar yang aktif, merancang mengadakan beberapa program dan kursus melibatkan ahli pertubuhan dan persatuan bawahnya dalam usaha melahirkan pemimpin muda berwibawa di peringkat akar umbi.

Ini sebagai usaha mengekalkan tahap kecemerlangan dan pencapaian melibatkan para belia di Terengganu sebagai antara negeri terbaik, serta aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di negara ini.

Presidennya Anas Hazizul Muhammad berkata, ke arah usaha tersebut beberapa program telah disusun untuk dilaksanakan selepas hari Raya Aidilfitri ini.
 
"Antaranya jelajah di seluruh daerah, melalui program belia saing kita. Selain kita akan memperkenalkan program pidato Darul Iman, atau kita panggil gamak yang memberi penekanan kepada mencungkil bakat-bakat baru selain juga kita akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menyediakan program-program, modul-modul ke arah melahirkan pelapis yang lebih hebat di Terengganu, Insya-Allah," kata Anas Hazizul selepas Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Terengganu Kali Ke-19 2022 dan Iftar di Terengganu Equestrian Resort-TER, di sini, semalam.

(Anas Hazizul berucap pada majlis
Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Terengganu Kali Ke-19 2022 dan Iftar)

Majlis Penutup Mesyuarat Agung kali ini disempurnakan oleh Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah yang kemudiannya turut menyampaikan cenderahati kepada beberapa wakil agensi kerajaan dan pertubuhan yang hadir.
 
Menurut Anas daripada 765 pelbagai pertubuhan belia di negeri Terengganu, separuh daripada bilangan pertubuhan itu masih lagi aktif terlibat dengan pelbagai program anjurkan pihaknya.

Media Baharu