fb fb fb fb fb

Tingkat kualiti hidup rakyat, Malaysia komited wujudkan bandar mampan

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Malaysia komited untuk mewujudkan bandar yang boleh didiami dan mampan sekaligus meningkatkan kualiti hidup penduduknya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ia merupakan prinsip teras dalam usaha Malaysia mengejar pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

Komitmen itu, dinyatakan beliau ketika menyertai sesi Matlamat Pembangunan Mampan pada Forum Bandar Dunia ke-11 (WUF11), di Katowice, Poland.

Berdasarkan pengiraan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat), urbanisasi di Malaysia dijangka mencapai 80% menjelang 2030.

WUF telah dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001 untuk mengkaji salah satu isu paling mendesak yang dihadapi dunia iaitu pembandaran pesat dan kesannya terhadap masyarakat, bandar, ekonomi dan perubahan iklim.

Pandemik COVID-19, kata menteri telah membuka mata dan mendedahkan mengenai kepincangan, ketidakcekapan juga kelemahan yang mengakibatkan lonjakan dalam isu kesihatan mental.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
(tengah) di WUF11 / FOTO FB Reezal Merican Naina Merican

Berita berkaitan
Reezal Merican ketua delegasi Malaysia pada WUF ke-11

Kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan kesejahteraan keseluruhan dan kebolehdiaman 32 juta penduduknya.

Beliau sentiasa mengingatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diterajuinya, bahawa usaha meningkatkan kebolehdiaman adalah penting iaitu bermula dari membina rumah mampu milik, seterusnya perancangan bandar, mewujudkan lebih banyak taman-taman awam dan pengurusan sisa yang berkesan.

Media Baharu