TAMPIN, 28 Jun- Jabatan Perikanan menggalakkan orang ramai untuk menjadikan ikan air tawar sebagai alternatif sumber perikanan sedia ada.
Sumber protein itu berpotensi dan akan dikomersialkan sebagai jaminan bekalan ikan tanpa kebergantungan kepada ikan laut.
Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Azahari Othman yakin pemilihan dan pengambilan ikan air tawar sebagai sumber utama kelak mampu memberi pendapatan tambahan kepada komuniti perikanan.
Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia,
Datuk Azahari Othman
Kerajaan sebelum ini menyasarkan sumbangan sektor akuakultur sebanyak 40% kepada keseluruhan pengeluaran perikanan Malaysia menjelang 2030.