fb fb fb fb fb

69 rumah terjejas, tiada PPS dibuka di Kedah

ALOR SETAR, 28 Jun- Hujan lebat lewat malam tadi sehingga awal pagi telah menjejaskan 69 rumah di tiga daerah di Kedah.

Bagaimanapun, setakat pukul 8.00 pagi, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di ketiga-tiga daerah berkenaan.

Kenyataan Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Kedah APM, Kapten (PA) Safuddin Abdullah memberitahu, banjir di daerah Sik, telah menjejaskan 20 rumah di dua mukim.

Mukim Sok melibatkan Kampung Lentang, Kampung Kuala Bentong, Kampung Belantik Dalam, Kampung Surau dan kampong Pinang.

Sementara Mukim Sik, Kampung Lubuk Tualang, Kampung Belimbing dan Kampung Jerai.

Di daerah Baling pula, banjir telah menjejaskan 42 rumah iaitu di Mukim Baling di Kampung Rambong Batu 7,Kampung Carok Juan dan Kampung Bendang Sera

Turut terlibat Mukim Siong melibatkan Lorong Jenalik, Lorong Tanjung Ara, Lorong Kampung Paya, Lorong Kundur, Lorong Atas Bukit dan Lorong Charok Pam.

(Foto fail)

Manakala tujuh rumah yang terjejas di Padang Terap, melibatkan Mukim Naka iaitu di Ladang Sungai Teka.

Banjir juga dilaporkan semakin surut setakat pukul 8.00 pagi melibatkan beberapa kawasan.

Media Baharu