fb fb fb fb fb

Cadangan penetapan harga siling ayam baharu akan dibawa ke Kabinet esok - MAFI

(Foto fail/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara mempertimbang cadangan penetapan harga siling ayam yang baharu serta kadar subsidi kepada penternak.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyatakan cadangan itu, bakal dibawa ke Mesyuarat Kabinet, esok sebelum diumumkan.

Memuat naik menerusi Facebook mengenai perkara itu, Menteri memperincikan harga kawalan baharu itu mengambil kira kepentingan penternak, pemborong dan peruncit.

(Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee/ BERNAMA)

Ketetapan itu bagi memastikan harga yang munasabah bagi semua pihak.

Bantuan tunai tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri juga telah diambil kira.

Mesyuarat berkenaan juga mengambil maklum mengenai status semasa bekalan makanan negara dan status harga barangan terpilih serta pelaksanaan intervensi pengukuhan sekuriti makanan negara.

Bekalan ayam diunjur kekal stabil dan mencukupi pada minggu keempat Jun, selain bekalan komoditi lain bagi menampung permintaan bulan semasa.

Media Baharu