fb fb fb fb fb

Malaysia, India komited perkukuh bidang pertahanan, ketenteraan

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Malaysia dan India akan memperkukuh kerjasama dalam bidang ketenteraan dan pertahanan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menerusi Twitternya memaklumkan perkara itu telah dibincangkan bersama rakan sejawatnya dari India, Rajnath Singh, menerusi persidangan maya, semalam.

Sementara itu, kenyataan Kementerian Pertahanan India memaklumkan, kedua-dua negara turut bersetuju meningkatkan keupayaan untuk operasi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR).

India mencadangkan agar Datuk Seri Hishamuddin bersama pegawai kanan tentera Malaysia mengadakan lawatan ke republik itu bagi meneroka kemudahan dan produk pertahanan.

Mesyuarat Kerjasama Pertahanan Malaysia-India (MIDCOM) dijadual berlangsung bulan depan.

Ia menjadi platform penting bagi Kuala Lumpur dan New Delhi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang berkaitan.

Media Baharu