fb fb fb fb fb

175 jemaah haji sertai Sahabat Maktab, bantu jemaah lain di Tanah Suci

(Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman
beramah mesra bersama Sahabat Maktab)

MAKKAH, 28 Jun- Keinginan dan kesediaan untuk membantu orang lain mendorang 175 jemaah haji menyertai program Sahabat Maktab anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata walaupun perlu berkorban masa dan tenaga, kesemua mereka bertekad menyantuni Tetamu Allah dengan sebaiknya seperti mana yang dilakukan petugas TH sepanjang musim haji kali ini.

Setiap maktab atau penginapan jemaah hanya mempunyai lapan petugas TH dan gabungan antara Sahabat Maktab mampu memastikan kebajikan serta pergerakan jemaah akan lebih teratur terutama ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Mereka mempunyai latar belakang perubatan serta agama.

(Sebahagian jemaah haji yang menyertai program Sahabat Maktab anjuran
Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci)

Individu yang menjadi sukarelawan program itu dipilih berdasarkan kategori tertentu termasuk muda, bertenaga, sihat dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Ketika ditanya sama ada penyertaan akan ditambah untuk tempoh masa terdekat, beliau berkata jumlah tersebut sudah memadai dengan kuantiti jemaah yang ada.

Media Baharu