KANGAR, 28 Jun- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan Program Ziarah Kasih Anak-Anak Istimewa di sekitar Parlimen Kangar.
Pengerusi PR1MA, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, usaha murni itu sebagai satu tanggungjawab dan amanah untuk menyantuni serta menceriakan anak-anak istimewa terutamanya dalam kalangan keluarga asnaf.
Program yang melibatkan setiap kawasan di Parlimen Kangar iaitu Kuala Perlis, Bintong, Sena, Kayang dan Indera Kayangan menyantuni 154 penerima yang telah dikenal pasti layak menerima bantuan.
(Pengerusi PR1MA, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya)
Setiap penerima menerima bantuan berupa wang tunai, bakul makanan, tilam dan toto untuk keperluan harian yang sedikit sebanyak menceriakan penerima.
Program dilaksanakan secara berperingkat itu akan diteruskan dengan mengenal pasti penerima yang layak agar setiap bantuan disampaikan terus kepada penerima.