fb fb fb fb fb

Rundingan BN-PH & GRS selesai, fokus kekal kestabilan Sabah

Foto FB Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 10 November- Kestabilan politik di Sabah kekal menjadi keutamaan selepas rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-17, selesai dengan persefahaman.

Ketua Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kesepakatan itu membolehkan gabungan kerajaan menumpukan perhatian sepenuhnya tanpa berlaku pertindihan calon.

"Rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk memastikan tidak saling bertembung. BN boleh bertanding antara 40 hingga 50 kerusi, asalkan tidak bertembung dengan PH. Itu yang paling penting. Adakah matlamat tidak bertembung dengan PH tercapai? Ya, ia telah selesai.

Tugas saya juga adalah berunding dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan tidak berlaku pertembungan kerusi. Itu juga telah saya selesaikan. Apabila urusan ini selesai, urusan seterusnya seperti pemilihan calon dan sebagainya akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya parti yang mempunyai jawatankuasa khas untuk tujuan tersebut," kata Datuk Seri Saifuddin Nasution kepad pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (World Day Against Trafficking in Persons – WDAT 2025) di sini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM