fb fb fb fb fb

Hubungan dua hala tentera AS-Malaysia turut melibatkan kerjasama persembahan muzik

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Hubungan dua hala antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) bukan sahaja dari aspek ketenteraan, malah turut melibatkan kerjasama persembahan muzik.

Jurucakap US Pacific Fleet Band, Antonio Garcia berpandangan, ini adalah tempoh terbaik kedua-dua negara selepas kekangan pergerakan ketika pandemik COVID-19.

Para pemuzik yang juga tentera laut Amerika Syarikat itu turut dijadual membuat persembahan di pusat beli-belah bagi menghiburkan komuniti Malaysia.

(Jurucakap US Pacific Fleet Band, Antonio Garcia)

Menerusi lawatan seperti itu, beliau berpandangan ia merupakan platform terbaik untuk saling melaksanakan perkongsian budaya dan secara tidak langsung memperkukuh hubungan antara dua negara.

Antonio menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM.

Media Baharu