fb fb fb fb fb

KDN perluas operasi pencarian mangsa bot karam di perairan Langkawi

Foto RTM

PUTRAJAYA, 10 November – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di perairan Langkawi diperluas, meliputi kira-kira 250 batu nautika persegi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi kini tertumpu di empat hingga lima batu nautika dari pesisir pantai negara dan semua mangsa yang ditemukan akan dibawa ke Pulau Langkawi.


“Apabila berlaku insiden bot karam, keutamaan mutlak kita adalah menyelamatkan nyawa. Biarkan mereka lemas adalah zalim, jadi tugas utama agensi penguatkuasa adalah menyelamatkan dahulu,” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (WDAT) 2025 di sini hari ini.

Beliau menegaskan, Malaysia tetap komited menunaikan tanggungjawab kemanusiaan dalam situasi kecemasan dan mengekalkan prinsip kedaulatan serta keselamatan negara.

Pihak berkuasa akan mengenal pasti dokumen dan pengenalan diri mereka sebelum siasatan lanjut dijalankan.


“Daripada situ kita akan terus soal mereka mula belayar dari mana..Last Port of embarkation mereka kita nak tahu dulu..Sebab insiden itu berlaku.. kalau mengikut maklumat saksi kita diberitahu berapa Hari bulan kapal ITU dikatakan tenggelam Bila mula kita temui,” jelas lagi.

Operasi SAR masih giat dijalankan dengan penyertaan APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi lain, selain turut dibantu pihak berkuasa Thailand.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN