KUALA LUMPUR, 30 Mac- Transaksi pembayaran tanpa tunai kini lebih telus menerusi pengaplikasian peranti DuitNow QR Soundbox Bank Simpanan Nasional.
Jelas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, terminal pembayaran digital itu menawarkan kaedah transaksi tanpa tunai yang lebih selamat dan pantas buat peniaga.
Peranti berkenaan akan menghantar notifikasi jumlah pembayaran secara audio kepada peniaga.
"Dengan adanya kod QR BSN yang diberikan, menyenangkan operasi mereka dan duit yang masuk itu terus masuk ke akaun bank."
"Jadi, peniaga boleh tengok berapa banyak dia dapat kutipan sehari dan mencepatkan proses, kalau nak tukar ramai datang. Selalunya, orang buat kod QR ini lagi cepat boleh dengar," kata Datuk Seri Amir kepada pemberita selepas menyantuni 82 peniaga di tapak bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Turut diagihkan, 500 juadah berbuka puasa kepada komuniti sekitar.
Setakat ini, 24 lokasi bazar Ramadan di Kuala Lumpur telah mengaplikasikan peranti DuitNow QR Soundbox BSN.