fb fb fb fb fb

Tingkat ekosistem industri perladangan tarik minat pekerja tempatan

(Datuk Seri Fadillah ditemu bual dalam Program Naratif Khas terbitan RTM)

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Kementerian Perladangan dan Komoditi akan berbincang dengan pemain industri untuk memastikan keseluruhan ekosistem dapat dibaiki bagi menarik minat pekerja tempatan terlibat dalam industri perladangan.

Jelas menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof ia merupakan antara usaha untuk mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.

"Kebergantungan pada pekerja asing dikurangkan dengan melatih pekerja-pekerja tempatan. Mungkin mereka berminat guna teknik moden memetik buah," kata Fadillah selepas menjadi tetamu program Bicara Naratif Khas di Angkasapuri di sini.

Menurutnya kadar upah juga akan dikaji semula.

(Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) ketika hadir bagi sesi temu bual Program Naratif Khas terbitan
RTM di Wisma Berita, Angkasapuri)

Media Baharu