(FOTO DBKL)
KUALA LUMPUR, 1 Februari- Pertunjukan Formasi Air Muzikal mewarnai lokasi tumpuan sekitar ibu kota bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.
Tasik Simfoni, Taman KLCC antara taman rekreasi menyajikan 20 buah lagu yang dipersembahkan dengan rona pencahayaan berwarna-warni.
Sepanjang Februari, Bangunan Ikonik KLCC juga akan diwarnai lampu merah, kuning dan biru senada dengan Bendera Wilayah Persekutuan setiap 15 minit bermula pukul 8 malam.
Lima lagi lokasi pertunjukan ialah Crystal Fountain Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens KL Fountain, Kolam Biru River Of Life (Jalan Leboh Pasar Besar), Air Pancut Tasik Putrajaya di Presint 2 dan Bulatan Marlin, Jalan Merdeka di Labuan.
Persembahan Formasi Air Muzikal diadakan secara percuma hingga 10.00 malam.
Ia dijayakan dengan kerjasama strategik pihak DBKL, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, KLCC Holdings Sdn Bhd, The Gardens KL & Pavilion Kuala Lumpur.
(Formasi Air Muzikal warnai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023)