(Datuk Seri Fadillah berkata perkara itu mengambil sedikit masa berikutan beberapa faktor)
KUALA LUMPUR, 1 Januari- Tuntutan komposisi satu pertiga kerusi parlimen Sabah dan Sarawak seperti dalam MA63 kini dalam peringkat perbincangan.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, perkara itu mengambil sedikit masa berikutan beberapa faktor.
"Proses masih panjang, persetujuan Kabinet dan bawa ke Parlimen. Perlu dua pertiga persetujuan kalau tIdak setuju tidak lulus
"Mungkin 2 hingga 3 tahun. Banyak proses libat urus awam lagi untuk dapat pandangan umum dan sebagainya," kata Fadillah kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Naratif Khas di Angkasapuri di sini.
Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa teknikal secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara yang sudah mempunyai keputusan dasar.
Ia termasuklah peruntukan khas dan projek Sabah Sarawak yang bernilai RM50 juta ke bawah.
(Datuk Seri Fadillah berkata komposisi satu pertiga kerusi parlimen Sabah, Sarawak perlu sedikit
masa)