fb fb fb fb fb

Operasi padam kebakaran di Gunung Baling ditangguhkan

BALING, 1 Februari- Operasi memadam kebakaran di Gunung Baling, Kedah yang berlaku lewat petang tadi ditangguhkan ke esok pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata penangguhan
disebabkan cuaca gelap dan faktor keselamatan anggota.

Dalam satu kenyataan beliau memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 7.42 malam.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi api sedang marak membakar ke puncak Gunung Baling.

"Api dari kaki gunung merebak dengan cepat kerana keadaan cuaca panas dan daun kering," menurut kenyataan itu.

Selain itu faktor geografi dan dinding batu kapur 90 darjah juga menyukarkan pasukan bomba melakukan operasi pemadaman.

(Operasi memadam kebakaran di Gunung Baling Kedah ditangguhkan ke esok pagi/Info Kemalangan
di Baling)

 

Media Baharu