fb fb fb fb fb

Berita palsu beri impak negatif kepada masyarakat

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Berhenti menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Berita palsu memberi pelbagai impak negatif kepada masyarakat terutama dalam aspek kesihatan, keselamatan dan kewangan.

Menurut Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Harme Mohamed, antara laporan mengenai berita palsu yang diterima pihaknya adalah tentang pemberian bantuan oleh kerajaan.

"Ia menyebabkan rakyat tidak percaya kepada bantun kerajaan yang sebenar, itu lebih membimbangkan apabila kerajaan umumkan yang sebenarnya.

"Bila sudah kena tipu mereka sudah tidak percaya," kata Harme selepas menjadi tetamu rancangan terbitan RTM di Angakasapuri di sini.

Beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan melaporkan sebarang berita palsu yang dikesan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

(Harme berkata berita palsu beri impak negatif kepada masyarakat)

 

 

Media Baharu