fb fb fb fb fb

DBKL terus komited sediakan perkhidmatan terbaik sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023

(Tumpuan terhadap peningkatan dan peluang perniagaan terus menjadi fokus DBKL dalam menyokong
rantaian nilai ekonomi khasnya bagi peniaga, penjaja dan perniagaan industri kecil dan sederhana
mikro/ Foto fail)

KUALA LUMPUR, 1 Februari - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat penghuni bandaraya Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Antaranya tumpuan terhadap peningkatan dan peluang perniagaan yang terus menjadi fokus DBKL.

Ia dalam menyokong rantaian nilai ekonomi khasnya bagi peniaga, penjaja dan perniagaan industri kecil dan sederhana mikro.

Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata kemudahan untuk menjalankan perniagaan itu dapat dilihat menerusi platform permohonan lesen yang efisien serta penyediaan kawasan perniagaan yang sesuai.


(Foto fail)

Selain itu aspek keselamatan bandaraya Kuala Lumpur terus menjadi keutamaan.

Tambah beliau, penguatkuasaan dan penyeliaan projek-projek utama juga akan terus dipertingkatkan untuk keselesaan warga kota.

Dalam mencapai aspirasi neutral karbon, Kuala Lumpur juga antara peneraju usaha kelestarian yang melibatkan usaha menyeluruh dari kelancaran laluan trafik hinggalah sistem pengangkutan yang efisien dan mesra alam.

Media Baharu