fb fb fb fb fb

Tinggal 1,404 penduduk terjejas banjir di 30 PPS di dua negeri

KUALA LUMPUR, 11 Januari - Tinggal 1,404 penduduk terjejas banjir masih berada di 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua negeri.

Menurut Info Bencana JKM, di Johor 1,329 penduduk kini berlindung di 27 PPS.

Jumlah itu berkurang berbanding 2,154 penduduk di 35 PPS pada petang tadi.

Di Melaka, jumlah penduduk di tiga PPS di Jasin terus berkurangan daripada 112 kepada 75 orang.

" Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat Jasin, Melaka melibatkan 20 orang dan Sekolah Menangah Kebangsaan Sungai Rambai 55 orang ", menurut portal Bencana JKM.

Media Baharu