fb fb fb fb fb

Johor ingin perkukuh sektor pelancongan kesihatan


JOHOR BHARU, 11 Januari- Kerajaan Johor mahu mengukuhkan lagi bidang pelancongan kesihatan meskipun masih berdepan kemelut COVID-19, sejak dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sektor itu antara penyumbang ekonomi terbesar negeri itu.

Berdasarkan lokasinya yang strategik, selain kerap menjadi destinasi pilihan pelabur asing antara faktor Johor ingin memperkasa sektor pelancongan kesihatan.

Dalam masa sama ingin mengikut jejak Indonesia dan Singapura, yang begitu komited meningkatkan taraf kesihatan dan ekonomi dalam sektor berkenaan.

"Sektor pelancongan kesihatan merupakan satu sektor yang sentiasa mendapat sambutan di peringkat Asia Tenggara seperti Indonesia untuk menerima perkhidmatan kesihatan," jelasnya dalam sesi lawatan kerja ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Media Baharu