fb fb fb fb fb

Tindakan tegas menanti stesen televisyen langgar garis panduan- Fahmi

Fahmi Fadzil/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, keingkaran mematuhi garis panduan dan syarat-syarat lesen ditetapkan boleh mendatangkan kesan kepada pihak yang terlibat.

"Dan saya difahamkan pertemuan ini akan diadakan dalam masa terdekat.

"Saya memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Pusat Pelanggan Persendirian Premier Bank OCBC di sini hari ini.

Jelas beliau, syarikat penyiaran seharusnya lebih bertanggungjawab dan peka terhadap isu tersebut.

Terdahulu, isu lelaki berpakaian wanita tular di media sosial susulan terdapat beberapa video serta gambar yang memperlihatkan mereka berjalan di karpet merah sebuah pertandingan hiburan, yang berlangsung baru-baru ini.

Hal tersebut turut menjadi perdebatan netizen di media sosial yang tampil memberikan teguran tentang perkara berkenaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM