fb fb fb fb fb

Tindakan tegas akan dikenakan, sorok bekalan minyak masak paket

AMPANG, 16 Januari - Tindakan tegas akan diambil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi Malaysia termasuk menarik semula lesen perniagaan pemborong minyak masak jika didapati menyorokkan bekalan minyak paket di pasaran.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan perkara itu, berikutan aduan daripada peruncit mengenai kekurangan bekalan minyak masak paket.

Pemantauan menyeluruh akan dilaksana bagi mengesan pemborong yang menyorokkan bekalan.

Dalam pada itu juga, beliau amat berpuas hati dengan sambutan program Kempen Jualan Keluarga Malaysia.

Sebanyak 30% potongan diskaun diberikan bagi barangan asas keperluaan harian yang memberikan penjimatan kepada pembeli menjelang musim perayaan ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan bagi Program Walkabout Jualan Keluarga Malaysia, PJKM peringkat negeri Selangor di Pasaraya Aeon Big, Ampang.

Media Baharu