fb fb fb fb fb

Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor baharu

JOHOR BAHRU, 16 Januari - Ketua Polis Johor yang baharu, Datuk Kamarul Zaman Mamat berikrar melaksana tugas secara penuh untuk memimpin pasukan Polis Johor.

Selain menegaskan pegawai dan anggota menjaga intergriti, ikhlas menjalankan tugas dan tidak menjadi pembelot kepada pasukan.

Menurutnya, sokongan padu diperlukan daripada semua pihak bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan kepimpinan terdahulu.

"Cemerlang di sini cemerlang di mata masyarakat dan bukan cemerlang di mata warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja, kerana kita dan masyarakat berpisah tiada."

"Saya berjanji akan mengambil tanggungjawab ini dengan penuh cekap secara penuh terus bergerak ke hadapan sejajar dengan harapan pucuk pimpinan PDRM dan juga masyarakat," kata beliau kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Johor daripada Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru.

Datuk Kamarul Zaman, 58 tahun menggantikan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

 

Media Baharu