fb fb fb fb fb

Pascabanjir: KPLB sedia peruntukan baik pulih dan bina rumah baharu

PADANG TERAP, 16 Januari - RM38.5 juta telah diluluskan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), setakat 9 Januari lepas, bagi membaik pulih 1,879 rumah dan membina baharu 165 rumah yang mengalami kerosakan akibat banjir di lapan negeri, baru-baru ini.

Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB di daerah-daerah yang dilanda banjir masih menerima permohonan daripada penduduk terlibat.

Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan jumlah rumah untuk baik pulih dan bina baharu yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

"Kerja-kerja baik pulih rumah dijangka mengambil masa antara 20 hari hingga sebulan. Manakala bina baru rumah, antara empat hingga enam bulan," kata Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan, PPK Naka di Pusat Komuniti Masyarakat Padang Kerasak di Padang Terap, Kedah.

Media Baharu