BONGAWAN, 27 November - Sabah menjadi negeri pertama di negara ini menerima dua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Autisme apabila premis tabika itu akan dibuka masing-masing di Kota Kinabalu dan Sandakan, tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pembukaan itu sebagai projek fasa awal sebelum pelaksanaannya diperluas ke seluruh negara.
"Oleh kerana Sabah dan Sarawak terlalu luas, kita akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan melalui Belanjawan 2027 untuk memperbanyak Tabika Autisme di kedua-dua negeri ini.
"Untuk permulaan, tahun depan sebuah negeri akan menerima satu Tabika Autisme kecuali di Sabah yang akan menerima dua pusat sebagai model permulaan," jelasnya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Sentuhan Kasih Desa, di sini.
Kerajaan menyasarkan akses pendidikan awal yang lebih inklusif dan tersusun untuk kanak-kanak autistik dapat disediakan menerusi pembukaan Tabika Autisme terutama di kawasan luar bandar.