fb fb fb fb fb

Long Tiger didakwa di Mahkamah Tangkak Rabu ini

JOHOR BAHRU, 16 Januari - Lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger atau Abd Hamim Ab Hamid, 33 tahun dijangka didakwa di Mahkamah, Majistret Tangkak, Rabu ini.

Long Tiger meloloskan diri dari lokap mahkamah berkenaan 15 Disember lalu sebelum berjaya ditahan pada 28 Disember di Jalan Kuala Ketil Alor Setar, Kedah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata Long Tiger akan didakwa selepas perintah tahanan remannya berakhir.

"Pertuduhan akan dibuat pada 19 Januari, dan akan dituduh di Mahkamah Tangkak," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru.

6 Januari lalu, Long Tiger masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka sehingga 18 Januari.

 

Media Baharu