fb fb fb fb fb

Pembangunan Kinta Riverwalk, tidak akan jadi projek ‘gajah putih’

IPOH, 16 Januari - Kerajaan Perak memberi jaminan pembangunan semula produk pelancongan di Kinta Riverwalk, tidak akan menjadi projek ‘gajah putih’.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pengendalian pembangunan itu, akan diserahkan kepada hanya satu agensi iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berbanding beberapa pihak sebelum ini.

Beliau terdahulu menyempurnakan prapelancaran pembukaan semula Kinta Riverwalk, yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.

Mengulas lanjut, Datuk Nolee Ashilin berkata pembangunan Kinta Riverwalk itu adalah kesinambungan daripada Jejak Warisan Ipoh yang dibangunkan sebelum ini, bagi mewujudkan tarikan pelancongan di pusat bandar raya yang dikenali sebagai Segi Tiga Pelancongan Bandar Raya Ipoh.

Media Baharu