fb fb fb fb fb

Tindakan segera, lebih agresif tangani kes pemerdagangan manusia- PM

KUALA LUMPUR, 29 September- Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri diarahkan mengambil tindakan segera dan lebih agresif berhubung kes pemerdagangan manusia yang melibatkan rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memandang serius untuk menyelesaikan isu berhubung kes itu.

Beliau menerusi satu hantaran di facebook memaklumkan, perkara itu sudah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada bulan lepas.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu itu dan tidak akan membiarkan rakyat negara ini tanpa pembelaan.

Tambahnya, beliau sendiri menerima aduan berkenaan isu itu menerusi laman media sosial TikTok.

Video berkaitan telah dihantar kepada Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk tindakan susulan.

Media Baharu