fb fb fb fb fb

Pakej mekanisasi ladang keledek yang diperkenalkan MARDI, tingkat produktiviti

BACHOK, 29 September- Pakej mekanisasi ladang bagi tanaman keledek yang diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bakal meningkatkan produktiviti dan membantu ke arah meningkatkan skala pengeluaran tanaman itu.

Ia sekali gus dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup petani selain dapat mengurangkan kebergantungan import.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pakej mekanisasi pengeluaran ubi keledek yang diperkenalkan oleh MARDI itu juga mampu mempercepatkan operasi di ladang, menjimatkan kos tenaga buruh dan seterusnya berupaya meningkatkan pengeluaran ubi keledek negara.

Katanya, kaedah penanaman ubi keledek secara manual memerlukan tenaga pekerja yang ramai dan kos yang tinggi adalah faktor kepada keluasan yang terhad dan produktiviti yang rendah.

"Kita dapat lihat MARDI telah membuat penemuan yang cukup, bukan sahaja secara penanaman terkini dengan mengunakan mekinisasi secara sepenuhnya, bahkan penemuan-penemuan fomulasi baja yang boleh kita pasarkan pada petani-petani serta pekebun-pekebun untuk mempertingkatkan pengetahuan mereka", katanya.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1,
Datuk Seri Ahmad Hamzah)

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Tanaman Ubi Keledek serta Lawatan Ke Plot Penyelidikan Bawang di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Bachok, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Datuk Seri Ahmad berkata, melihat kepada peningkatan hasil dan kualiti ubi keledek, penanaman keledek secara fertigasi menjadi pilihan alternatif kepada usahawan tani dan petani bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

Ini sekali gus dapat meningkatkan pendapatan mereka, kadar sara diri (SSR) negara terhadap komoditi ini.

Media Baharu