fb fb fb fb fb

Polis tahan warga Singapura disyaki terlibat kes khianat

Foto fail

JOHOR BAHRU, 9 Jun - Seorang lelaki warga Singapura ditahan polis di sekitar Johor Bahru, semalam, selepas disyaki terlibat dalam kes khianat di kawasan Tun Aminah, Skudai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang lelaki berusia 31 tahun, yang mendakwa diserang ketika memandu di kawasan berkenaan.

"Mangsa dibunyikan hon beberapa kali oleh suspek yang berusia 40 tahun kerana didakwa menghalang laluan, sebelum berlaku pertengkaran mulut dan suspek menendang kereta mangsa," katanya.

Polis turut mengesan satu video tular di media sosial yang merakam kejadian itu.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk permohonan reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 426 dan 509 Kanun Keseksaan.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI