fb fb fb fb fb

Bangunkan kolam takungan dwi-fungsi dan LRAL2F2, RM5.6 bilion diperuntuk

PUTRAJAYA, 29 September-
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM5.6 bilion dalam Pelaksanaan Projek Kolam Takungan Dwi-fungsi bagi Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah Sungai Klang-Sungai Rasau dan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 2 (LRAL2F2).

Jawatankuasa Khas juga telah ditubuhkan bagi memudah cara, menyelaras, memantau dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan projek yang telah dipersetujui bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Projek Kolam Takungan Dwi-fungsi yang bakal dilaksanakan ini dapat megurangkan kos rawatan air di loji dan meningkatkan rizab air bagi negeri Selangor.

"Bila musim kemarau, kita punya kemasukan air akan tergantung atau tak sampai dan kita melepaskan jumlah air yang banyak sedangkan yang nak ambil itu sikit sahaja. Maka, dengan konsep 'tap' ini, kita yakin akan lebih bermanfaat sekiranya berlaku gangguan pada sumber utama.

Contohnya, jika berlaku pencemaran sungai utama, kita ada sumber kedua, sekurang- kurangnya untuk tempoh 3 bulan dapat bekal air pada pengguna," kata Tuan Ibrahim dalam sidang media mengenai Projek Kolam Takungan Dwi Fungsi Bagi Tebatan Banjir Dan Sumber Bekalan Air Mentah Sungai Klang-Sungai Rasau dan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 2, di sini.


(Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man)

Bagi projek LRAL2F2 pula berupaya meningkatkan bekalan air di Lembah Klang dengan memanfaatkan projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) dengan kapasiti 1,890 juta liter sehari (JLH).

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga memaklumkan pihaknya telah menjalankan beberapa naik taraf kawasan belaku banjir seperti semakkan fungsi pam-pam air, meninggikan ban dan menambah pemasangan siren amaran banjir.

Media Baharu