fb fb fb fb fb

PM tegas tolak budaya 'hooliganisme' dalam sukan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Olympic House, ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan memandang serius sebarang isu berkaitan keganasan dan 'hooliganisme' dalam sukan khususnya dalam bola sepak negara dengan dasar toleransi sifar.

Beliau menekankan bahawa semangat kesukanan adalah asas utama sukan dan sebarang tindakan mencetuskan kekecohan atau kekacauan tidak boleh diterima.

“Kita tidak akan bertolak ansur. Ia bertentangan dengan semangat sebenar sukan. Semua orang menyokong pasukan mereka negeri atau wilayah tetapi itu bukan lesen untuk mencetuskan huru-hara,” tegas beliau ketika berucap pada majlis pecah tanah Olympic House, ibu pejabat baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria.

Anwar turut mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengimport budaya 'hooliganisme' dari luar negara yang sering ditayangkan di kaca televisyen.

Menurut beliau, sukan seharusnya menjadi medium untuk menyatukan masyarakat, menghormati perbezaan, dan menyemai semangat perjuangan yang sihat.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN