fb fb fb fb fb

Lebih 2,000 iklan produk tidak dibenar diturunkan

Banteras iklan palsu, Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan KKM

JOHOR BAHRU, 10 Ogos - 2,033 iklan berkaitan produk dan perkhidmatan tidak dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain diturunkan, sejak awal tahun hingga 1 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata tindakan dilaksana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas menerima lebih 2,200 aduan.

Usaha menurunkan kandungan seumpama mula digerakkan sejak 2022.

“Pada 2022, MCMC menerima lapan aduan dan menurunkan kesemua iklan berkaitan. Pada 2023, sebanyak 439 aduan diterima dan 390 iklan diturunkan. Bagi 2024, MCMC menerima 3,312 aduan dan menurunkan 1,643 iklan dalam talian yang tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Geran Digital PMKS Madani (GDPM) Festival 2025 Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Teo berkata pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan KKM berhubung kewujudan iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan palsu.

Penyedia platform diarah menurunkan kandungan jika iklan dibuat tidak dibenarkan, jelasnya. 

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK