fb fb fb fb fb

Tindakan sayap pemimpin MIC hadiri PAT Bersatu tidak wajar

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, 7 September - Tindakan Timbalan Ketua Pemuda MIC menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan tidak wajar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan ia bertentangan dengan semangat kebersamaan dalam parti itu.

Peraturan BN jelas bahawa mana-mana pemimpin atau ahli parti komponen tidak dibenarkan menghadiri program, perbincangan atau mesyuarat anjuran parti luar gabungan, sama ada secara rasmi atau peribadi.

"Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana wakil daripada parti-parti gabungan Barisan Nasional menghantar individu berkenaan sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi untuk menghadiri sebarang perbincangan anjuran parti di luar gabungan," katanya.

Sehubungan itu, BN akan meminta penjelasan bertulis daripada Timbalan Ketua Pemuda MIC berhubung kehadiran tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

Beliau menambah, disiplin dan perpaduan dalam kalangan parti komponen BN adalah keutamaan, justeru setiap pemimpin perlu mematuhi garis panduan serta keputusan bersama.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI