fb fb fb fb fb

Tindakan proaktif empat negeri bakal perkukuh demokrasi negara

PUTRAJAYA, 30 Julai- Hasrat empat negeri untuk segera meminda Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri selaras dengan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diluluskan Dewan Rakyat, Khamis lalu dilihat sebagai langkah sihat bagi memperkukuh demokrasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam kenyataannya memaklumkan tiada paksaan kepada mana-mana negeri untuk mematuhi RUU berkenaan sekiranya dilaksanakan kelak.

"Kuat kuasa peruntukan berkenaan pada peringkat negeri hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat perkenan Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

"Kerjasama daripada negeri terbabit bakal membolehkan RUU berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti diseragam serta dikuatkuasakan pada peringkat negeri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15," menurut kenyataan itu.

Empat negeri berkenaan ialah Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

(Dewan Rakyat luluskan rang undang-undang larang wakil rakyat bertukar parti)

Media Baharu