(Dr Safari menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000, sijil penghargaan dan trofi)
SEBERANG PERAI SELATAN, 30 Julai- Dr Safari Elis dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah 2022 bagi peringkat negeri Pulau Pinang.
Beliau yang bertugas sebagai pakar kardiologi di Hospital Seberang Jaya turut giat menjalankan kuliah agama di masjid dan surau sekitar negeri tersebut.
Menurutnya, beliau sangat bersyukur dengan anugerah yang diterima dan berharap beliau akan terus memberi manfaat kepada orang ramai.
Dr Safari, 56 tahun, bukan sahaja giat dengan aktiviti kuliah di masjid malah turut aktif memberi kesedaran berkenaan kesihatan jantung menerusi platform media sosial.
(Dr Safari sangat bersyukur dengan anugerah yang diterima dan berharap beliau akan
terus memberi manfaat kepada orang ramai)
"Dan dengan anugerah yang diberikan, saya rasa tanggungjawab saya menjadi lebih berat dan saya menerima anugerah ini untuk diri saya supaya menjadi lebih baik dan saya dapat berkhidmat kepada masyarakat," katanya ketika di temu bual wartawan di sini.
Beliau menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000, sijil penghargaan dan trofi.
Majlis yang berlangsung di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan semalam turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.