fb fb fb fb fb

Road March bersempena Peringatan Hari Polis ke-215

KUALA LUMPUR, 30 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung kali mengadakan program Road March bersempena Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022.

Program itu yang dirasmikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

Objektif program ialah memberi peluang kepada pengunjung melihat kecekapan dan aset PDRM dengan lebih dekat.

Pelbagai pengisian menarik disediakan seperti pameran jabatan-jabatan PDRM, aksi payung terjun VAT 69 Komando, perarakan berkuda, unit anjing pengesan K9 dan aksi unit Tiger Platoon.

Turut menjadi perhatian orang ramai, kaunter bayaran saman PDRM yang menawarkan diskaun sehingga 50%.

(Road March bersempena Peringatan Hari Polis ke-215)

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata program sebegini memberi kelainan dalam kalendar sambutan Peringatan Hari Polis tahun ini sebagai antara usaha PDRM mendekati masyarakat selari dengan tema "Polis dan Masyarakat berpisah tiada".

Karnival mini juga diadakan dengan pelbagai aktiviti menarik bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program melibatkan kerjasama strategik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Penerangan.

Media Baharu