fb fb fb fb fb

Pelihara keharmonian negara, agama bukan bahan gurauan

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 30 Julai- Agama tidak patut dijadikan bahan jenaka atau gurau senda biarpun atas nama kebebasan bersuara.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin menegaskan, keselamatan dan keharmonian negara mesti terus dipelihara.

Ke arah itu, rakyat Malaysia perlu memastikan kesepaduan nasional, perpaduan kaum dan kedaulatan agama Islam sentiasa dijaga dengan baik.

"Kita mahukan kesemua rakyat hidup dalam berbilang kaum dengan cukup baik dan keharmonian. Inilah salah satu teras yang baginda mahukan dalam negara berdasarkan dasar keselamatan negara teras kesepaduan nasional dan dipelihara dengan asas Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara," kata beliau.

(Dr Noor Nirwandy Mat Noordin)

Manakala bagi Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, menghina sesebuah agama boleh mencetuskan konflik.

"Walaupun kenyataan yang menghina dan mempersendakan agama ini, kebanyakan masanya mahu dilihat sebagai kebebasan bersuara dan kenyataan adil dan munasabah ia sebenarnya bentuk bahasa yang tidak baik sudah tentu yang jelek. Tetapi lebih penting lagi bahasa demikian mempunyai risiko konflik ataupun ia sebenarnya pemangkin kepada pertentangan," katanya.

(Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata menghina sesebuah agama boleh
mencetuskan konflik)

 Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat supaya jangan sesekali memperkecil, menghina dan mempersenda agama semata-mata atas nama kebebasan bersuara.

Media Baharu