fb fb fb fb fb

Daerah Jeli berpotensi menjadi tarikan pelancongan

(Foto fail)

JELI, 30 Julai- Daerah Jeli dilihat berpotensi menjadi tarikan pelancongan antara dua negara, menurut Timbalan Gabenor Narathiwat, Patimoh Sadiyamu.

Ini memandangkan kedudukannya di sempadan negara selain mempunyai landskap dan kedudukan geografi berbukit bukau selain udara yang segar amat sesuai untuk eko pelancongan.

Katanya, kehadiran seramai lebih seribu pengayuh basikal dari pelbagai latar belakang sempena Program Kayuhan Muhibah Thailand-Malaysia di Jeli mampu membuka pintu pelancongan dua negara dan diharap dapat merancakkan semula aktiviti ekonomi selepas dilanda COVID 19.

"Saya percaya dengan kehadiran 1,500 yang datang sini akan dapat membuka pintu masuk pelancongan menghubungkan Thailand dan Malaysia di Jeli, selepas ini akan ramai lagi yang akan datang mungkin hendak berjumpa sendiri dan bercakap dengan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, jadi kita sama sama menyokong perkara tersebut." kata Patimoh Program Kayuhan Muhibah Thailand-Malaysia di sini.

(Patimoh pada Program Kayuhan Muhibah Thailand-Malaysia berkata Daerah Jeli berpotensi
menjadi tarikan pelancongan)

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa agar pembinaan jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok disegerakan bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi Thailand dan Malaysia.

Katanya,pembinaannya tidak boleh terus ditangguhkan kerana pergerakan rakyat sudah bebas selepas COVID-19 dan semua sektor ekonomi perlu dirancakkan.

Media Baharu