fb fb fb fb fb

Thailand turut pantau penyeludupan masuk minyak masak bersubsidi Malaysia

(Foto fail)

JELI, 30 Julai- Kerajaan Thailand turut membuat pemantauan berhubung penyeludupan masuk minyak masak bersubsidi negara yang aktif sejak kebelakangan ini.

Menurut Timbalan Gabenor Narathiwat, Patimoh Sadiyamu, minyak masak bersubsidi Malaysia dilihat dijual di premis perniagaan terutama yang berhampiran sempadan negara.

Beliau berkata peniaga sepatutnya akur dengan dasar kerajaan sama ada Malaysia atau Thailand yang tidak membenarkan kemasukan barangan subsidi dari negara jiran.

"Bagi mengatasi isu ini kedua-dua negara perlu mengadakan perbincangan di peringkat kerajaan mengenai dasar berkaitan. Pihak peniaga pula perlu mematuhi semua dasar yang ditetapkan. Bukan hanya yang melibatkan minyak masak," kata Patimoh selepas program Thailand-Malaysia Bike for The King 2022, di sini

(Patimoh Sadiyamu ditemu bual selepas program Thailand-Malaysia Bike for The King 2022)

Katanya, kerajaan Malaysia dan Thailand juga perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang agar dapat dipatuhi rakyat kedua-dua
negara.

Terdahulu, beliau menghadirj Program Kayuhan Muhibah Thailand-Malaysia yang menghimpunkan 2,000 pengayuh dari dua negara sejauh 20 kilometer yang bermula dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga ke Masjid Sultan Muhammad I Jajahan Jeli.

Hadir sama,Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Zahari Kechik dan Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud.

Media Baharu