Tindakan pantas penduduk, elak kebakaran ke bahagian lain

Pemeriksaan keselamatan di lokasi bagi memastikan tiada risiko kebakaran berulang

KAPIT, 1 Jun – Tindakan pantas penduduk Rumah Panjang Nanga Entawau, Balleh mengawal kebakaran sebuah bilik dapur, berjaya mengelak marakan api ke bahagian lain kediaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebuah bilik dapur tidak kekal di luar rumah panjang musnah terbakar sepenuhnya.
  • Kebakaran dipadamkan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
  • Tiada kecederaan dilaporkan; pemeriksaan keselamatan dijalankan untuk pastikan tiada risiko kebakaran berulang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Sarawak memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.11 pagi tadi.

Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Kapit ke lokasi kira-kira 95 kilometer dari balai.

Sebaik tiba, sebuah bilik dapur tidak kekal yang terletak di luar rumah panjang, musnah terbakar 100 peratus.

Kebakaran berjaya dipadamkan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Insiden, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pemeriksaan keselamatan di lokasi, dijalankan bagi memastikan tiada risiko kebakaran berulang.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.27 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.