8,500 anak muda peroleh pekerjaan melalui JTDC

Foto Facebook Exco Pendidikan dan Penerangan, Aznan Tamin

JOHOR BAHRU, 1 Jun- Lebih 8,500 daripada 17,436 anak muda berjaya memperoleh pekerjaan melalui Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JTDC) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • JTDC memadankan anak muda dengan syarikat berdaftar di Johor, meningkatkan kebolehpasaran dan peluang pekerjaan tempatan.
  • Peluang pekerjaan yang disediakan termasuk jawatan bergaji tinggi, bukan sekadar pekerjaan biasa.
  • Sehingga kini 88,332 syarikat berdaftar dan 239 syarikat pelbagai bidang menjalinkan kerjasama dengan JTDC.
  • Kerajaan negeri menyasarkan 22,224 peluang pekerjaan setiap tahun untuk mencapai 100,000 peluang menjelang 2030.

Exco Pendidikan dan Penerangan, Aznan Tamin berkata kebolehpasaran itu hasil padanan antara syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah JDTC dan kini mereka berkhidmat dengan syarikat berkenaan yang beroperasi di Johor.

“Kami menyasarkan JTDC akan menyediakan peluang pekerjaan seumpama ini. Ia bukan sahaja peluang pekerjaan yang biasa tetapi melibatkan peluang pekerjaan bergaji tinggi.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri Johor melalui JTDC, Pusat Fasiliti Pelaburan Malaysia Johor dan Pelabur Johor bekerjasama bagi memastikan mana-mana pelabur yang masuk akan dipadankan dengan JTDC, sekaligus dapat menjamin peluang pekerjaan anak muda,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 88,332 syarikat berdaftar dengan 239 syarikat pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, menjalinkan kerjasama dengan JTDC.

Kerajaan negeri Johor turut menyasarkan 22,224 peluang pekerjaan setiap tahun bagi melengkapi sasaran 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.